Tanpa sahabat, hidup kita tidak akan lengkap, oleh itu pilihlahsahabat yang baik dan jadilah sahabat yang baik. Berikut merupakan ciri-ciri sahabat yang baik:
- Apabila kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungimu
- Apabila kamu merapatkan persahabatan bersamanya, dia akan membalas balik persahabatan tersebut
- Apabila meminta pertolongan daripadanya, dia akan membantumu
- Apabila kamu menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
- Apabila kamu memohon bantuan daripadanya, dia akan menghargai atau menyebut akan kebaikanmu
- Apabila dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
- Apabila kamu memohon bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
- Apabila kamu berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan menanyakan kesusahanmu
- Apabila datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu
- Apabila kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu
- Apabila kamu berdua berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawap dan melaran melakukan perkara buruk serta maksiat
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan juga akhirat
sayangi sahabat anda..
Dan jadilah sahabat yang baik..
Dan jadilah sahabat yang baik..
No comments:
Post a Comment